KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi dalang mangsa pemerdagangan manusia melibatkan lima wanita warga Vietnam, di Jalan Raden Bagus di sini, pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.
"Operasi Pintas (Op Pintas) kira-kira 10.10 malam itu membongkar kegiatan jijik terbabit dipercayai telah beroperasi kira-kira sebulan lepas.
"Polis dalam masa sama, turut menemukan pasport milik kesemua mangsa dipercayai dipegang oleh seorang daripada suspek yang ditahan.
"Hasil siasatan juga mendapati mangsa telah dipaksa untuk memberikan khidmat seks dengan bayaran RM250 dikenakan bagi setiap pelanggan," katanya dalam kenyataan semalam.
Saiful Annuar berkata pihaknya akan memohon reman ke atas dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Kesemua mangsa terbabit akan dimohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) seterusnya dihantar ke pusat perlindungan sementara," katanya.
Saiful Annuar berkata serbuan terbabit turut membawa kepada rampasan sembilan buah telefon bimbit, tiga keping kad akses bilik, 24 kondom selain wang tunai berjumlah RM1,250.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Polis akan memohon reman ke atas dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007. - Gambar hiasan
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.
Pelarian Rohingya 'dijual seperti ikan' oleh sindiket pemerdagangan manusia
Situasi pelarian Rohingya diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila 'ejen' yang kononnya mahu membela nasib etnik itu rupa-rupanya merupakan sindiket pemerdagangan manusia.
Warga emas dituduh perdagang wanita asing
Hadapi lapan tuduhan termasuk empat tuduhan pilihan memperdagangkan empat wanita warga Vietnam dan China bagi tujuan eksploitasi seksual, Ogos tahun lalu.
TEKAM nafi terlibat pemerdagangan manusia
Apa yang berlaku ketika ini ialah kelemahan yang terdapat dalam sistem kawalan di sempadan negara terutama di sempadan Malaysia-Thailand yang menyebabkan kegiatan pemerdagangan manusa berlarutan.
Jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumi di Pokok Sena - Mukhriz
Mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dipindahkan dari Wang Kelian ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan bedah siasat akan dikebumikan di Pokok Sena.
Infografik: Sindiket Pemerdagangan Rohingya
Kebanyakan etnik Rohingya yang dibawa masuk ke negeri ini oleh sindiket pemerdagangan manusia ditempatkan dalam jumlah yang ramai di rumah sewa di sekitar Perai.